Saturday, June 6, 2009

Suatu yg menginsafkan aku...

Hari semakin hari umo aku semakin bertambah, sekejap dah nk masuk umo 21 thn. Sebenarnya kejap je masa berlalu, sedar-sedar dah hbis belajar kt upm yg banyak pengalaman pahit dan manis. aku rsa kejap je dekat upm ni, pejam celik dah masuk final year. pengajarannya untuk diri aku adalah hargailah masa kerana masa yg pergi tidak akan kembali dan berulang lg. Ingatlah masa itu emas dan masa itu ibarat pedang, jika dihayun tidak akan berpatah kembali. pandai jugak aku berperibahasa.hehehe....

suatu yg menginsafkan aku yg ingin aku kongsi dengan kwn2 semua, baru-baru ini aku buka google map untuk nk tgk lokasi sg juru dan masa tengah search aku terjumpa application google earth. aku pun mula berfikir, mungkin bila aku guna google earth, aku akan dapat tgk image dengan lebih jelas lg. aku pun install. bila dah install aku pun travel dunia. first sekali aku tgk rumah aku tp tk jumpa. biasa la baru first time guna. bila dah mls nk nk cari, aku pun tgk sg juru. panjang jugak sungai juru tp dah tercemar sikit. menjadi perkara biasa sungai-sungai kt malaysia mana ada yg bersih sngat. tambah2 sungai di tempat perindustian macam sungai juru mesti kilang2 mengambil jalan mudah membuang sisa-sia ke dalam sungai.

masa aku tengah search guna google earth, aku pun tukar untuk tgk bintang-bintang, memang banyak bintang tk terkira. ada bintang yg lebih besar dari matahari dan ada yg lebih kecil dari matahari. kemudian aku pun taip sun untuk tengok kedudukan matahari dalam galaksi. terkejut dan kagum bila aku tgk kerana matahari kita tk nampak lansung berbanding dengan bintang lain. ini bermakna matahari adalah bintang yg sangt kecil apatah lg bumi yg kita diami sekarang. cuba fikir sejenak dan buat perumpamaan antara matahari, bumi dan manusia. sekarang kita ibaratkan matahari seperti bola sepak, bumi seperti bola tenis dan manusia seperti hama. itu satu perbandingan yg kita boleh lihat dengan mata kasar tetapi satu perbandingan yg tidak dapat kita bayangkan sekiranya matahari, bumi dan manusia di bandingkan dengan keluasan alam semesta. matahari kita seolah2 microorganisma yg kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu mengunakan microskop untuk melihat. bumi kita ibarat organel yg didalam microoranisma dan manusia adalah seolah2 organel dalam microoranism yg di potong beribu-ribu kali.

Cuba renung-renungkan siapakah kita dialam semesta yg luas ini. betapa kecilnya kita dalam alam semesta ini. hidup kita cuma sementara dan tidak dapat mengembara mengelilingi bumi yg tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan planet2 lain seperti mustari dan lain2 lg. ini menunjukan kehidupan kita cuma persinggahan sebelum menjalani kehidupan yg kekal abadi. bumi ini adalah suatu yg sangt indah dan sukar untuk kita meninggalkannya. sepanjang persinggahan kita di dunia ini gunakan dengan sebaik mungkin agar kita tidak menyesal kelak.

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam. betapa hebat dan bijaksananya Allah menciptakan alam semesta dan semuanya berjalan dengan lancar setiap saat dan detik. bila aku berfikir, kita adalah makhluk yg kecil dan adalah mudah bg Allah untuk menentukan segalanya. sekiranya difikirkan dengan teliti, segala penciptaan yg ada di semesta ini membuktikan kebijaksaan serta kewujudan Allah dan mudah bg Allah mentakbir segalanya. bagi sesiapa yg baca apa yg aku tulis ini cuba pikir-pikir tentang hal2 seperti ini agar kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan rahmatnya. semua benda yg terjadi mesti ada penciptanya dan kewujudan alam semesta bukan wujud dengan sendirinya. mesti ada yg menciptanya dan jawapannya adalah ALLAH, tuhan sekalian alam.





dimanakah kita.......cuba fikirkan..

2 comments:

Ika said...

sesuatu yg memang menginsafkn setiap insan...

Anonymous said...

wohohoho..msti hg dpt bm spm a1 kan? pjg gle karangan.. thn dpn try wt novel lak,sure aku beli..ngee~ XD